ABOUT LINKS TAG
about


I'm a little cookie, yes i am and i was made by the cookie man and on my way from the cookie pan. a little piece broke off of me but i can taste just as good, uh-huh as a regular cookie can.


Antara kawan dan sahabat :) // Sunday, 26 May 2013
19:03

Hello everyone. Harini malas celoteh bebanyak hehe cuma nak cakap apa berbezaan antara kawan dan sahabat. Serius, sahabat dengan kawan lain maksud. Lain. Ok baca ni maksud sahabat dan kawan. 

Kawan Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.


Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .


Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Sahabat Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.


Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.


Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.


Dapat A+ kalau buat ayat gini dalam karangan lol. Konklusinya ginilah, tak semua kawan yang dekat sekeliling kita boleh dipercayai. Ada yang dekat dengan kita sebab ikhlas dan mungkin ada jugak yang err. Istilah "kawan makan kawan" banyak woii sekarang. Main "talam talam" pun banyak. "Tikam belakang" lagilah. Ni semua kawan. Sahabat tak mcm mana weh. Sahabat someone yg ada dekat sisi kita tahu masalah kita. Ada dekat sisi kita bila kita perlukan, tak jemu bagi nasihat. Sahabat tak kira berapa pun yang penting dia terus ada disisi kita dan tak jemu dgn kita itu sahabat yg tak pernah bocorkan rahsia kita, tegur salah kita dan etc. So, kalau nak pilih kawan tu kan ehem berpada lah ye ~ 


I love you so much Nurul Nazifa bt Hishamudin, Nur Diniey Ezzati bt Zainorin, Puteri Zelin Resiana bt Ramli, Nurul Nabilah bt Md. Shariff, Rini Atika bt Abdul Halim ❤