Raya semua, raya! // Thursday, 24 July 2014
|
16:55 |
Bonjour hello! So harini hari emmm ya jumaat. And guess what? Next week, on monday we're gonna celebrating our first eid yayyy *\^_^/* Nak kata mood raya tu ada, tiap tahun ada sebenarnya tapi taklah semegah & semangat mcm dulu dulu. Yelah kan, makin membesar semangat tu nak tanak je raya. Dah takde feel nak main bunga api cem dulu dulu, duit raya pun tak dapat dah wehh. Dulu bolehlah collect duit raya dalam RM700 lebih, ni dah besar RM200 lebih tak cecah ke tidak. So, dah besar ni kan baju raya, kasut pesume macam ada takde je feel nak beli. Ha! Dengan homework lagi mak aihh, siapa nak melayan~ Nak siapkan. Nak beraya lah. Just for one week je cuti? Mana cukup nak bahagi masa dengan raya + homework lagi. Tapi kan kan kan, tahun lepas kan nak PMR so raya pun kene korbankan, yela study katanya. Kononnya haha. So tahun ni kene qada' balik raya lepas. Next year nak SPM, lagilah tak boleh nak sakan raya. Agaknya memang tak beraya kot, balik kampung tah ye tah tidak. Dah next year, ikutkan turn raya kat terengganu fuhh seronok. It's okaylah, tahun lepas last haha korbankan masa, raya pesume then habis spm je bebas. Tahun ni rasa cepat je berlalu ek. Pejam celik dah nak habis puasa, nanti pejam celik balik dah amik spm. Allahu.
Then, tahun ni punya subjek pun ok... quite tough ok... memang tak boleh nak samakan subjek & subtopik dengan tahun tahun lepas. Agak ah wehh, spm je semua subjek dua tiga paper amik. Bukan objektif dah, tak senang tau. Haaaa perasaan nak belajar tu ada, kekonon nak prepare lah tuk spm kan tapi hahahaha sebab "malas" Nawaitu dah ada, cuma bila tah nak laksanakan tu. For me lah, subjek yang i boleh go through with it is chemistry ((perhaps)) I mean, yang killer subjek tulah yang empat tu. Bio- memang tak hahaha, dia bnyk tanya pasal kefahaman kot. How to lah ini, i tak minat sains sangat. Lain belajar, lain yang ditanya soalan choyy. Addmath- k k k hahaha tahun ni kurang banyak buat latihan lah, maybe sbb takde exam besor? Ok mungkin. Bab1 je takleh nak masyuk pelagi bab lain. Fizik- Ha! tuisyen mmg tuisyen, kat tuisyen faham mmg faham. Balik je rumah terus lost. Ha ha ha hancur siak spm aku nanti woi! Buat masa ni every subjek takde lagi yang failed lah alhamdulilah, & harap tanak lah ada failed gak an. Cuma ya, i need to improve my grades lahkan.
So, dah panjang lebar je rasa haha bosan sebab tu type kemain. Ok we straight to the point. Sempena raya yang tak lama lagi, dalam dua hari lagi gitu.. saya Ainul Danisyah Binti Zul Hazlan ingin mengambillah kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Maaf jikalau ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah bicara, gurau senda yang keterlaluan & buat benda yang menyakitkan hati. Ku susun sepuluh jari mohon ampun hihi. Semoga lebaran tahun ini adalah lebih baik dari yang lepas lepas & semoga Allah sentiasa membuka pintu hati semua orang untuk ikhlas memaafkan kita. Amin. Biasalah kan, manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan tak kira baik atau soleh mana dia. So, lepasni kosong kosong ye haha jangan lepas raya jadi dajjal balik, astaghfirullahalazim. Dan semoga! Kita dapat ketemu lagi hari raya pada tahun-tahun yang akan datang. Yay selamat hari raya!
|

.jpg)
Older entries